A week before study week

October 25, 2008 at 4:15 am (My Life as A Student)

salam

hi friends…

hmmm….ada lima hari lagi sebelum final exam bermula….berdebar pulak rasanya..tapi motivasi nak study tak jugak datang….habis jer final exam..slowly aku akan tinggalkan Perlis…sedih ker? hmm..secara jujurnya masa mula mula aku jejak kaki ker Perlis, aku harap sesangat boleh transfer dari sini secepat mungkin,kalau boleh nak pinjam pintu suka hati doraemon, tapi dia kedekut..maybe ke Melaka atau Shah Alam..itu jer pun campus yang tawarkan course HR..aku dah buat pun surat nak transfer, n jumpa Ketua Program…tapi dia tak bagi..geram..geram..aku geram…dalam aku dok geram geram..tetiba teringat satu ayat…”setiap apa yang berlaku ada hikmah” …dan memang betul ada hikmahnya aku stay kat Perlis ni..bak kat orang orang lama “tak kenal maka tak cinta” and “life must goes on” (sejak bila aku teror bab sastera neh?)—–>teror ker? hihii…

atas motivasi ayat ayat itu…aku pun bertekad utk survive dengan jayanya..alhamdulillah, kalau di lihat pada prestasi aku..aku berjaya mengadaptasikan diri dengan environment kat sini…credit for myself..hahahahahaha…

bila dah jadi super senior neh..banyak pulak memori memori best yang menyebabkan aku sayang nak tinggalkan Perlis..especially UiTM di hatiku…atas sebab tu aku sangat bersemangat attend kelas terakhir sebelum exam n sebelum praktikal aku bermula..sedihnyer..waaaaa…

Kelas terakhir aku for this sem ialah International Biz class…aku suka hati belajar kat kelas ni, sebab aku suka la, aku ponteng kelas ni banyak kali dengan sesuka hati..hehehehehe..satu yang special pasal kelas ni ialah cikgu yang mengajar subjek ni sangat la best…nama cikgu ni..Cikgu Niza..

ini ialah En Niza yang best tu….kami kenal encik Niza ni masa part 4, beliau ajar kami subjek Recruitment and Selection, kebetulan beliau cikgu baru kat UiTM ni, dan kebetulan kelas kami merupakan kelas pertama di ajar oleh beliau, dan kami juga antara anak murid terawal yang berguru dgn beliau ( bukan ilmu martial arts tau), belaiu ni seorang yang sangat berpengalaman, sebab sebelum ni beliau bekerja ngan JPJ..memang banyak pengalaman yang beliau berkongsi dengan kami..kadang kadang kami nakal pun beliau boleh relaxed jer..kami selalu delay keje sekolah yang beliau bagi..selalu kalau kami nak mintak beliau bagi A kat kami..jawapan famous beliau untuk kami ialah buat solat hajat, zikir and baca Al-Quran…alhamdulillah…atas sebab tu Sem ni..kami pilih beliau lagi untuk jadi cikgu kami, kali ni subjek ib pulak..kami yakin beliau cikgu yang berwibawa..dan sekarang nak memperkenalkan ahli kelas kami yang tak ramai…7 orang jer…sedihnya…

inilah antara ahli kelas aku..semuanya 7 orang, hanya sorang jer budak lelaki..credits to all my friends sebab masih tabah sehingga sekarang untuk mencapai cita cita kita kan? :)

ok…ini plak suasana presentation terakhir for this final semester….venue : bilik comel En niza

inilah antara kenangan terindah sebagai student..lepas ni insyaAllah dah takda….except for viva’s week..aderla presentation utk praktikal…

Permalink 1 Comment

Picnic at Bukit Air Perlis

October 17, 2008 at 1:20 pm (My Life as A Student)

salam…

hi friends….

from left : angah, farz, nurul, sayer, ijan, siti

Last friday we went to Bukit Air PErlis..apa yang menariknya bukit air ni?..bukit air ni merupakan satu satunya kawasan air terjun kat Perlis. Kalau korang nak datang Bukit Air ni, mesti korang ada rasa sedikit teruja(kalau teruja),hihihihi, kalau aku memang teruja, sebab laluan nak sampai ker Bukit Air ni, korang akan nampak sebuah kawasan penanaman Anggur besar besaran.Maafla, lupa nak ambil foto..lagi satu…sepanjang perjalanan pun korang akan nampak kawasan penanaman padi yang luas kehijauan..agak cantik juga…

Kami bertolak jam 12.30 tgh hari, and sampai dalam jam 1 tengah hari lebih lebih sikit..ingatkan kalau datang hari jumaat tak ramaila orang kan (sbb perlis tak cuti hari jumaat)..rupanya ramai juga..yang paling heran..kalau dah nama pun hari jumaat,mestiler ader solat jumaat kan…yang musykil tu, ader lagi lelaki-lelaki dok sebok bermandi manda ngan dating..heran betul..ini ialah fasa pertama lelaki yang tak pi solat jumaat kan…fasa kedua pulak, lelaki lelaki yang balik solat jumaat pun smp kat situ..maka makin ramai ler rakyat rakyat jelata perlis n kedah yang bermandi manda dengan bisingnya….

owh ya..ini antara hidangan yang kami sediakan sepanjang berkelah kat sana..chef of the day, mestilah ijan yang pandai masak….
MEnU
1.Nasi Putih
2.Gulai Nenas Ikan Masin
3.Sayur taugeh campur kucai
4.Ikan Goreng
5.Sambal Tumis Tempe
6.Sambal belacan buah pelam
7Mee Hoon Singapore
8.Sambal Kicap
9.Sandwiches and sosej
10.Agar agar
11.Fruits
12.Teh O ais

eh..byknya menu kami hari tu..hihihihihi…..lepas mandi manda, kami pun berangkat pulang jam 3 petang, masa nak balik tu sempat lagi singgah beli air kelapa muda segar..memang enak..sebab rasanya asli n diminum masa cuaca panas..wah banyak nyer iklan emy hari ni..hihihihihi…

Permalink Leave a Comment

Tarawikh

September 5, 2008 at 5:50 pm (My Life as A Student)

assalamualaikum…

hi friends…

dah 3 hari tak update blog..sorry..too busy to edit my blog..well, biasa ler ramadhan nih.kita buat apa yang kita patut buat la kan…

kalau masuk hari ni dah masuk hari kelima kita puasa kan..sekejap jer nak dekat seminggu..maksudnyer..dah masuk hari keenam tarawikh la…aku plak, hari ni baru ada pi tarawikh…days earlier before, aku tak pi pun, sbb surau jauh..kat taman sebelah..lagi satu dalam matriks..tapi bila pikir pikir balik kan…aku tak patut jadikan tu alasan..yer la…kalau ikut umat islam kat negara lain..punya la susah nak boleh tarawikh, contohya umat islam kat china, mmg konpem takleh tarawikh sbb ada law restrict derang dari wat tarawikh atas alasan social responsibility, lepas tu plak, takleh simpan janggut and pakai purdah,,yang purdah boleh ler dimaafkan kan..tapi yang janggut tu apa kes plak..mesti sbb kunun-kununnya ada gaya terorism..cetek sungguh la minda depa..agaknyer kita kena ajar diorang pepatah “rambut kaler hitam, hati lain lain”….

Atas artikel ni la..aku motivate myself utk pergi tarawikh..so hari ni aku pergi lah dgn mun..housemate aku…matriks ngan umah aku tak jauh, cuma masjid masuk jauh skitt ke dalam matriks…kami pun jalan ler…tapi kan …mahasuci Allah, kami tak penat lansung pun, peluh pun tak….alhamdulillah, akhirnya kami berjaya sempurnak solat tarawikh hari ni…agak nyesal juga sbb tak motivate diri pergi awal2,rugi tul..tapi takper..better late than never….so..insyaAllah esok nak pi date lagik ler..seronok pulak solat berjemaah ni…

so..kawan kawan..mari kita bertarawikh dan pi moreh sama sama..tadi moreh makan nasik kerabu dengan bihun sup..nyum nyum…

Permalink 2 Comments

Second Day Of Ramadhan

September 2, 2008 at 4:17 pm (My Life as A Student)

assalamualaikum

hi friends….

hari ni hari kedua umat islam berpuasa di bulan ramadhan bagi tahun 2008 ni…alhamdulillah, masih bernyawa kita atas muka bumi ni untuk terus beribadat pada Allah swt….

Hari ni..aktiviti aku macam biasa, cuma terkejar kejar dgn test..yang baru jer berlansung pada jam 8.15 malam tadi..huhuhu..international biz test..agak susah la…sebenarnya agak susah untuk org yang malas cam aku..malam nak test, siang tu baru baca…tapi aku cuba tabahkan hati…dapat jer test paper, bismillahirahmanirrahim,dgn lajunya aku bukak muka surat pertama..makk aii..please choose answer 3 essay questions, berpeluh peluh baca soklan, walaupun luar tu hujan ngan renyai2nya, masuk sorg lagik lecturer dia tambah pulak 10qs of true/false and 40 obj qs…nak nangis rasa..camner nak goreng nih…apa lagi dalam podium tadi mata meliar jer tgk kawan2.(cari idea dan share idea sebenarnya)..rupanya diorang pun sama gak cam aku..jadi takderla aku rasa janggal bila wat muka blur dlm kelas..kita serupa my prens…
owh,,yer..kalau kat perlis ni dah 2 hari hujan turun dgn lebatnya…mmg encourage aku tidur dgn nyenyaknya..dah la bulan puasa…tapi takper kot, asalkan bangun sebelum asar.ituler terjadi pada aku..bukan baca buku..tapi tidur dgn nyenyaknyer…heheheh….

tadi pun pi HEA..ambil surat pengesahan praktikal…kawan kawan doakan yer..semoga saya berjaya mendapat tempat prak dgn jayanya..risaunyer….huhuhu

Permalink 1 Comment

UiTM di Hatiku

August 29, 2008 at 4:53 pm (My Life as A Student)

Assalamualaikum….

hi friends..

hurm..tido,bangun,tido, bangun, aku dah pun berada dalam tahun akhir di UiTM…huish…kalau kira2 balik dari zaman diploma sampai ijazah ni…dah hampir 5 tahun aku berada dalam UiTM…kalau kira tahun rasa lama..tapi…kalau dok melalui hari2…tak rasa pun lama..patutla masa minggu orientasi, kami kena nyanyi lagu UiTM di hatiku, rupa2nya memang berkesan lagu tu kat aku ngan kawan2…smp sekarang kami masih berusaha untuk mendapatkan segulung ijazah..insyaAllah by year 2009..kawan kawan doakan yer…

Kalau sebut jer UiTM ni..mestila org dok tanya..Dulu Uitm mana? ambil kos aper? seronok ker?

hihihihi..soalan macam ni last aku malas nak jawab..tambah lagi sikap malas aku bila orang tanya..”last semester, pointer berapa?” inila soalan yang paling aku nak elak..waa.. bak kata iklan u-mobile kat tv tu.. x bley, x bley..tapi bila dok tanya lagik 2, 3 kali..habis habis aku senyum jer la…kalau rasa nak bagitau, untuk member terdekat dah ler….kalau malu pun..member terdekat jugak yang tau..hehehe…

hmm..bila dah nak grad baruler aku nak busy2 imbas kembali nostalgia menjadi student part one, masa aku diploma aku study kat UiTM Melaka..first week of orientation, aku dah homesick, asyik sakit jer, masa tu dahla dalam bulan puasa, kuat betul dugaanyer..lagipun aku masuk UiTM masa tu atas kerajinan abg aku mengisi borg online..second intake plak tu, masa dia tgh isi borang, aku tengah stdy lower six kat sek.men Tg Mahmud 1…ader yang taw skolah ni?? then..when my bro called ..he informed me that aku berjaya masuk UiTM..mmg ternganga tak ingat punye, sbb aku pk gak…bila masa aku rajin isi borg UiTM ni?akhirnya dia bg taw dia yang isi…masa tu perasaan aku berbelah bagi..aku syg gak form six aku, at the same time teruja nak masuk Univ…aku pun tanya la kat pakcik aku yg merupakan cikgu form 6..dia mmg 100% bantah aku masuk diploma….hmm…oleh kerana aku ni degil n tambah plak aku tak suka environment and students culture kat situ…aku pun decide accept tawaran UiTM tu..maka bermulalah hari hari aku sebagai seorang pelajar diploma fakulti pengurusan perniagaan UiTM Melaka…Thanks abang.. i owe u so much….

Alhamdulillah rezeki Allah bagi lebih, aku berjaya ke peringkat seterusnya dan kena merantau jauh ke Perlis, tapi masih lagi UiTM di hatiku..hehehe…kali ni aku amik major in human resource management,..mmg mencabar..sehingga aku kena tambah extra one sem(ayat mudah: extend)..sebab jam kreditt aku terlebih..frust mmg tak hingatla..berjurai air mata sbb tak grad on time….lagipun benda ni beyond of control..terkilan ngan pihak management la…tapi aku yakin Allah dah merencanakan sesuatu utk aku dan rakan rakan yang lain..so apa yang aku perlu buat..Doa + Usaha + Tawakal = Kejayaan….aku dapat formula ni dalam majalah mingguan wanita yang sentiasa dibeli oleh kakak aku tanpa jemu..thanks akak…

Permalink Leave a Comment