Cara Rasulluah Mengelak &Menyembuhkan Penyakit
Thanks to : Ann Shariza and Miss Melanie_mawar85
( Petikan dari buku Cara Rasulluah S.A.W. mengelak dan menyembuhkan penyakit
(Disusun Oleh : Ibnu Qaiyum)
PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah,lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)
MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.
PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.
PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.
PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.
KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.
Sekian, Wassallam.
Maksud firman Allah: Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al A’raaf:179)
Kejayaan setiap manusia adalah dalam agama (islam). Sejauh mana ia taat kepada Allah, Ikut sunnah nabi SAW.
Warm regards,
Ann Shahriza
Khas buat bakal suami and suami
it was my sis, gave it to me..apa motive dia tak taw..tapi moralnya..yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan..ok…??
Tahukah kau suami dan bakal suami??
Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali.
Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.. :angle:
TAPI…….
tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,
dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya…
DIKALA kau tiada duit,
Kau bukankah magic David Copperfield
yang bila tiba2 kau buka wallet ada pulak duit di dalamnya,
tapi tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek
“Ada duitkah suamiku”
TAPI
Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau,
“Ada duit ke” sedangkan itukan kewajipan kau
untuk memberinya nafkah?
Tahukah kau wahai suami,
tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya
dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya,
lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah,
di kucup dahi suaminya,
diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan
TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap
kentut lagi..Cissss!!
Tahukah kau wahai suami,
kalau kau balik lewat malam sampai pukul 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2
nak lepak ngan kawan2,
bini kau yang dirumah tu tak lena tidur,
selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam
TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi,
langsung tak ingat bini,
dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun,
dah bangun tahu nak makan aje…
Tahu tak kau wahai suami,
setiap kali isteri mu menggosok bajumu
apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah
“Handsome tak laki aku bila pakai baju ni”
Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi…
Tahu tak kau wahai suami,
isteri tu tak mintak banyak,cuma pujilah dia sekali-sekala,
peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur
(peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat apa-apa)hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping,
picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu,
selimutkanlah dia,
sebab sebenarnya,
bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja…
Satu lagi,
suami kalau korang nak tahu,
sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy…
dia orang musti tahu punya….
Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain…
Kecantikan seorang wanita
grabbed from someone called sub_zero
Begitu indah ciptaan Allah s.w.t. kepada seorang wanita dan tidak dapat ditandingi oleh seorang lelaki!
Allah s.w.t. berfirman:
“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”
“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.”
“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”
“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.”
“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”
“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.”
Setiap Wanita itu Cantik… “”
its about love and feeling
salam…
some readers will get shocked when read this article ( can we called it as an article?ngeee), was it really amy wrote all this? hihiiihihi..dh terbayang dah sapa yang kerut dahi..hihihihi…
dont worry, just wanna ask a simple question…i got this q from other blogger…she wrote about this, and i think its quiet interesting to be shared with…
the question
1. will u marry the one that u love?
or
2. fell in love with whom u married
fikir fikir kan yer..apa apa pun, it depends on ur opinion and maybe some of u have experienced it before..
so…jus let ur heart leads u for the answer…
A day before going back….
salam…
hari ni ialah hari selasa..
maknanyer esok ialah hari rabu..yippiiee….
kenapa dengan hari rabu yer murid murid?
hari rabu ialah hari keberangkatan miss amy ke kampung…hehehhe…
tak sabarnya…
oleh kerana esok nak balik..hari ni dengan rela hati aku ponteng kelas CTU…
sbb nya semangat nak balik melampau lampau sgt….ngeeee
oh ya…aku dah dapat tempat praktikal..
time kasih untuk semua yang mendoakn aku…
hmm..apa lagi yer, dah tak ada idea sgt ni…
HMM..camner aku leh lupa penyataan penting ni..
hmm..mungkin sbb umur dah makin tua kan..mcm ni ler gamaknya…
“SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI…..”
Maaf atas segala salah silap saya selama ni.
Especially..
untuk
Mr&Mrs Khai yang jauh kat Manchester…
My nieces yang sangat2 di sayangi…Elin,Erin,Eiman,micha,kachepi and Eizan..memmy miss u
My akak yang kena kerja pada hari raya..hihihi….
My kak da..kita jumpa raya nanti
My Best and Wonderful friend, Mazliana..tak dapat jumpa raya ni…huhuhu
My Sahabat..sheyda…rindunya..x dapat jumpa jugak
My Housemates yang disayangi…jgn lupa raya dgn best best skett, sbb korang mmg best…
dan juga pada kawan kawan lain….
mungkin blog ni akan penuh bersawang+labah2+kelawar+habuk…
sbb tuan punya blog ni on vacation..
jumpa lagi 2 weeks after raya…
Al fatihah untuk arwah mama (tahun ketiga beraya tanpa mama)
amy sayang mama…
Salam…
Amy
RAMADHAN 14
assalamualaikum
hi friends
hmmm..lamanya aku tak edit blog…lately memang totally busy..tests, assignments,dan ntah apa apa ntah lagi ntah hmmm..along pun tanya bila nak edit blog (tetiba rasa blog ni glemer plak)..glemer ker?…hihihihi…
hari ni dah hari ke-14 puasa, sekejap jer dah two weeks..kepada sesiapa yang puasa penuh tahniah la di ucapkan..sesapa yang dah dewasa tapi masih puasa yang yang yok jugak..bertaubatle awal2..malu kat kawan kawan,jin- jin,adik adik,cucu cucu yang pose penuh..klu rasa tak malu kat manusia.sah tak malu kat Allah..ingatler Allah maha melihat…kalau tringin nak naik van mayat pun, tunggula bila malaikat betul betul menjemput anda….masa tu mmg takleh ngelat, WAJIB naik van mayat…but for those yang ader excuse tu, lain la citer plak kan..tapi untuk sesapa yang sengaja mencipta excuse tu..ingatler Allah maha mengetahui..bayau la kat akhirat nanti..masa tu..korang poser la setahun pun..jgn harapler dilayan…tu la masa bagik peluang kat atas dunia..takder plak reti nak ingat ganti ker apa ker…kat akhiratla..baru nak renew aku janji…memang tak patut..ish ish ish…
Moralnyer : JANGAN LA TINGGAL PUASA…..
Salam Ramadhan
assalamualaikum….
hi friends…
salam ramadhan…yee…haaaa…hari pertama berpuasa..seronoknyer(^_^) alhamdulillah…bersyukur kepada Allah kerana kita masih lagi di beri kesempatan untuk berpuasa, samaada kita sampai ke hari raya atau tak…Allah jer yang taw..moralnyer…..sentiasa lah ingat bahawa maut tak tunggu kita, tapi kita yang tunggu maut datang….
Bulan Ramadhan ni..apa kata kita ambil peluang melipat gandakan usaha untuk mendapat ibadah yang diterima sepenuhnya oleh Allah..yer la, manusia ni kan banyak khilafnyer…contohnyer bila solat konpem ker Allah bagik kita full mark utk ibadat kita tu atau adakah kita skor A?..kalau untuk aku sniri, aku rasa tak kot, masih byk khilaf khilaf yang aku tak perasan aku lakukan masa solat, kdg2 ada terberangan hal dunia, astaghfirullah, minta minta aku akan kurangkan khilaf tu seterusnya mendapat solat yang kyusuk..amin…kawan kawan pulak macam mana?
ini merupakan tahun kedua aku berpuasa tanpa mama sbb Allah lebih sayangkan mama aku, Al Fatihah untuk arwah mama, Azizah Bt Abas. Semoga arwah mama ditempatkan di kalangan org beriman di sisi Allah..amy sayang mama…
ini pun kira tahun kedua aku berpuasa kat Perlis ni, sedih tak dapat berpuasa ngan family, tapi aku rasa lagi sedih untuk kawan2 yang study abroad mcm kat mesir, kat jepun, kat UK…lagi jauh…smalam kwn aku yang blajar kat mesir pun dah menyatakan kesedihan sbb rindu kat msian food…manja betul budak tu..hahahha…takper kepada anda(u know who u are) sabar dan tabahkan hati yer..saya akan tolong makan bagikpihak awak…ok?
….
Sempena bulan puasa ni jugak…family mun dgn baik hati menaja bahan masak mentah untuk kami selama sebulan….(erm cukup kot sebulan, hihihi) mcm mcm mak dia bawak..beras, minyak..dan lain lain lagi la….Terima Kasih untuk mun sekeluarga…Isnin ni pulak family nurul bawak makanan mentah..maklumla..depa dok tang kedah n penang jer…dekat la ngan perlis..aku plak..mcm besala..org trg mesti bawok kepok…ikang bilis, ikang masin, dang juga serunding kapung laut…mmg best….siti pulak, kira mcm ketua chef kami sebab dia pandai bab bab beli ikan ngan sayur ni..serah jer kat dia..mesti penuh peti dia beli…hah..yang best tentula bila ijan yang memasak..sebut jer nakmakan aper…mesti dia tau….kalau aku stakat jadi tukang nyibuk tolong skit2 boleh la..hahahah
Baiklah rakan rakan, ini pula merupakan jadual berbuka puasa dan imsak bagi negeri perlis selama sebulan..tak sabar tunggu tarawikh..yee..haaaa
OK kawan kawan..Selamat Menyambut Ramadhan..marilah kita sama sama menambahkan pahala yer,,kurangkan ler dosa…especially dosa ngumpat..ingatler..klu kita syok ngumpat org, org pun syok ngumpat kita balik, bak kata pepatah omputih..what goes around comes around, what goes up, must goes down..Allah melihat dan mengetahui apa yang kita lakukan..moga moga..perkara baik yang kita lakukan akan berterusan dan bukan smppenghujung ramdhan ni jer…Di kesempatan ini, aku nak minta maaf banyak2 kalau terkasar bahasa atau menyingung perasaan anda..insyaAllah, aku pun masih lagi berusaha dan berhijrah untuk menjadi MUSLIMAH pada jiwa dan raga …amin…