Year 2009

January 23, 2009 at 5:22 am (Uncategorized)

salam

aloha..sorry…sebab lambat update blog..semenjak ada kareer ni…agak bz skitt..hehehe,,hhmm career la sgt..almost a month tak update blog..shian kat blog ni..

skang ni pun emy kat opis…oleh kerana hari jumaat, so derang rehat awal and balik lambat..so..emy amik la kesempatan ni utk mengupdate mana yang patut…skang ni emy masih sibuk lagi untuk research proposal…literarture review tak habis habis untuk dibaca..bukan banyak pun ada lah dalam lima belas journals, tu pun tak habis baca lagi…nak kena cari lagi at least 25 journals…

oh yer..baru baru ni kita dikejutkan dengan kekejaman israel terhadap palestin..sedih betull…sebab kita tak mampu wat aper aper..habis2 pun hulur duit je..yer la..nak join sama takleh..nanti byk plak kospirasi yang akan di timbulkan oleh pihak2 yang tak bertanggungjawab…isu agama ini memang sensetif..kalau kita tak pandai tangani..memang ‘masak’

sebagai umat islam, saya sedih dgn kebanyakan umat islam pada hari ini…termasukla diri saya yang banyak juga khilafnya..sepanjang jadi pemerhati terhadap isu agama mcm ni….sy agak terkilan juga dengan orang melayu yang beragama islam. kenapa?kenapa?kenapa?..sebabnya ada di antara golongan orang melayu islam ini tidak bersopan dalam menuturkan kata seterusnya dengan mudah “membenarkan” bangsa lain memberi tanggapan negatif pada orang melayu di malaysia yang majoritinya islam. Diingatkan di sini, islam adalah agama untuk semua..memilih islam tidak semestinya anda menjadi melayu, jadi kepada sesiapa yang berkenaan sila jelas dengan konteks islam yang sebenar, barulah anda boleh membuat pertimbangan yang adil terhadap agama islam.

berbalik kepada orang melayu islam pada hari ini tidak bersopan dalam pertuturan, maksudnya mengeluarkan perkataan perkatan yang memalukan, lucah dan menjatuhkan maruah orang lain.tidak perlulah saya memberi contoh secara terperinci, cukuplah anda semua memahami apa yang saya taip. Nampak perkara ini memang remeh..mungkin ada yang kata..’alaa,lantak la, bukannya luak pun’..tapi sebenanya impaknya sangat besar. inilah sebenarnya point terbesar musuh ..bukankah..kata kata itu lahir dari hati? dari pertuturan kita sebenarnya sudah menggambarkan sikap kita. Pernah juga saya melihat org bukan islam mempersoalkan “bukankah dalam islam tak boleh mencarut?”, jadi anda sebagai islam, apakah yang akan di lakukan oleh anda…ada tak perasaan malu bila org bukan islam mempersoalkannya, lebih lebih lagi apabila anda seorg melayu, bukankah org melayu dikatakann penuh dengan adat ketimuran?

kalau kita lihat sekarang ni..budak seumur lima tahun sehinggalah ke pakcik tua bongkok sabut, konon2 kalau marah, habis semua dihamburkan…mungkin ada yang kata “alaaa, budak umur lima tahun, apa dia tau?” atau “alaa, biasala, masa marah mana nak ingat keluar ayat apa,” atau kononya nak luahkan perasaan secara ekstreme supaya org ambil perhatian… tetapi….adakah kita semua sedar..kita telah jadikan ini sebagai satu budaya, kita juga pernah mendengar, kerana mulut badan binasa…kerana mulut juga habis huru hara…lepas tu mulalah jari kita sesuka hati tunjuk orang itu, tunjuk orang ini yang bersalah..ingat di akhirat nanti anggota2 kita akan melaporkan setiap perbuatan kita yang tersurat dan tersirat..wallahualam 

Kesimpulannya, saya berharap agar kita semua sedar tanggungjawab kita sebagai umat islam adalah besar. umat islam mesti bersatu, kembali la kepada ajaran asas kita sebagai umat islam berpandukan harta yg paling bernilai yg allah beri untuk kita semua iaitu Al quran.”

Al Fatihah untuk rakyat Palestin yang meninggal……

Post a Comment