A day before going back….
salam…
hari ni ialah hari selasa..
maknanyer esok ialah hari rabu..yippiiee….
kenapa dengan hari rabu yer murid murid?
hari rabu ialah hari keberangkatan miss amy ke kampung…hehehhe…
tak sabarnya…
oleh kerana esok nak balik..hari ni dengan rela hati aku ponteng kelas CTU…
sbb nya semangat nak balik melampau lampau sgt….ngeeee
oh ya…aku dah dapat tempat praktikal..
time kasih untuk semua yang mendoakn aku…
hmm..apa lagi yer, dah tak ada idea sgt ni…
HMM..camner aku leh lupa penyataan penting ni..
hmm..mungkin sbb umur dah makin tua kan..mcm ni ler gamaknya…
“SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI…..”
Maaf atas segala salah silap saya selama ni.
Especially..
untuk
Mr&Mrs Khai yang jauh kat Manchester…
My nieces yang sangat2 di sayangi…Elin,Erin,Eiman,micha,kachepi and Eizan..memmy miss u
My akak yang kena kerja pada hari raya..hihihi….
My kak da..kita jumpa raya nanti
My Best and Wonderful friend, Mazliana..tak dapat jumpa raya ni…huhuhu
My Sahabat..sheyda…rindunya..x dapat jumpa jugak
My Housemates yang disayangi…jgn lupa raya dgn best best skett, sbb korang mmg best…
dan juga pada kawan kawan lain….
mungkin blog ni akan penuh bersawang+labah2+kelawar+habuk…
sbb tuan punya blog ni on vacation..
jumpa lagi 2 weeks after raya…
Al fatihah untuk arwah mama (tahun ketiga beraya tanpa mama)
amy sayang mama…
Salam…
Amy
Menjelang Raya…..
assalamualaikum…
hi friends…
yer..saya yakin memilih topik menjelang raya…
yer..saya suka topik ni..
(korg tak suka takper, ni blog aku…for sure aku pilih tajuk yang aku suka..unless ade request..heheheh…too bad… im not good at writing…dont worry, i’ll give a try..hihihi)
hari ni hari ke 16 kita puasa..bersamaan 16 September 2008….
baiklah anda semua sebelum saya meneruskan kepada main topic…adakah korang ingat tarikh 16 september? mesti ada bagi jawapan konpiden..yer..hari ni birthday awek aku, balak aku, n bla bla bla..
jawapanya hari ni hari pembentukan negara MALAYSIA…aku dgn bangganya nak ucap tahniah kat subjek CTU 553 aku yg memasukkan segala syllabus best best dlm tuh even aku tak baca pun buku tu..except…masa exam time…wajib pulun…
Topik Menjelang Raya….apa yang perlu di highlight?
1. Dimanakah Tiket Balik Rayaku?
aku agak korang mesti dah beli tiket raya sebulan lebih awal kan..yer la selepas berperang ngan abang tiket bus yang kerek naik harga tiket bas sesuka hati jiwa raga dia jer..barula dapat tiket..dah dapat tiket tu..lega la..tapi, agak agak korg ingat lagi mana korg simpan tiket tu? mana tau kot kot..nampak mcm kertas buruk(seperti tiket bus aku.kertas wat ticket mmg low quality harga nak mahal)..korang terus membuangnya dalam tong sampah..korg pikir la sniri yer…
2. Buah Tangan…
haa…yang ni mesti korang pening..nak wat balik aper sebagai buah tangan…nak beli kuih raya? kerepek bawang? rempeyek? n bla bla bla… mana mana yang dok jauh dari kampung tu beli la banyak skitt..toksah le kedekut… mmg ler..family korang nak korg balik ngan selamat jer..tapi guna la kesedaran sivik, jadikla sensetip skitt, sian adik adik, anak anak sedara dok tunggu apa makcik/pakcik aku beli kat aku ni…chian depa dok berharap…kalau korg boleh beli present mahal kat awek/pakwe korg yang lansung takder pertalian darah..takkanla, bwk balik buah tangan skit skit dah kopak duit kot…tak rugi apa pun…pahala lagi ada…
3.Baju Raya…
Oh my baju raya?..umie aku dah tempah dah..brape pasang aku tak tau, dia uruskan,,aku belasah jer..di kalangan kita ada gak yang tempah baju baju raya 2 months before kita puasa..jujur..salah sorang umie aku la..berbondong bondong kain dia bawak pi umah tukang jahit… sebabnyer…takut nanti tailor tu tak trima tempahan lagik..yer..kalau ikut logik gak..sbb pernah aku antar lambat..tempahan dah tak diterima—->padan muka amy
JAngan lupa, kalau adik bradik atau sedara mara tak pi lagi amik baju raya..silalah pegi tolong amikk..dah kepam baju korang kat umah akak tailor tu.. Masa nak amik tu ucapla terima kasih sebab berjaya siapkan baju kurung korang dengan jayanya..kalau korang tak puas hati ngan hasil kreativiti dia, diharap bersabar la, masih ada lagi baju kurung 3 pasang baju kurung ready made yang korg beli untuk di pakai raya..len kali jangan tempah kat akak tailor tu lagi..
4. Kuih Raya Vs Kuih Tunjuk
MAsa kat umah atau kat kampung mesti korang dapat melihat adik beradik/ kazen2 korang berhempas pulas wat kuih raya…bila kita remind balik kuih tunjuk yang berlambak dalam balang balang kat luar tu..derang pun memberi hujah..apa barang kuih tunjuk-tunjuk ni..tak feel..chet.hampeh kalau aku tau aku tak beli…tapi takper, aku tau nanti kalau lepas raya, takder makanan best..kuih raya tu gak dirembat.sampai habuk habuk kuih raya derang makan,,tak caya tunggu ler lepas raya..heheheh..biaq pi la depa..
5. Tukaq Langsir?Tudung tingkap?bersih kipas?—–> paling aku malas
haa..kepada sesiapa yang tinggi2 tu, berlatihla daya ketahanan fizikal ngan mental..kerana korang pasti bertuah apabila di pilih untuk menukar langsir atau bersih kipas yang habuk banyak tak sangatla..—>apa punya bahasa ni?….kalau korang dah berlatih daya ketajaman mental..pasti korang pandai ngelat cam aku..hahahaha….Kalau fizikal tu…mana leh aku potong kaki jadi pendek.paling habis pun redha jer la…
6. Pasang Pelita
Malam Tujuh Likur..malam wajib pasang lilin…ni memang paling syiok sekali..aku tak penah pun pasang pelita, cuma syiok tengok org pasang pelita..comel sungguh wajah wajah mereka.hihihi..tapi rasanya balik kampung kali ni pasti pasang dgn jayanya..makin tak sabar aku nk balik kampung…
7.Solat Tarawikh&LAilatul QaDAr
first week of ramadhan= penuh masjid sampai tak cukup ruang(smp atas jalan raya)
Second week = penuh masjid, tapi takder la sampai keluar
Third Week = dah nampak kekosongan bahagian belakang saf,…
Fourth Week = Boleh kira ngan jari berapa orang kat masjid….(besala, seme dok sibuk kat
dapur, sembilh ayam la(memalan semelih ayam?),n ntah apa apa ntah lagi
ini ler kronolgi secara rambang di sebuah masjid(tak seme la, but selalunya)
LAilatul Qadar
malam lailatul qadar la malam paling dinanti nantikan oleh umat islam kat dunia nih..napa? dikatakan malam lailatul qadar ni malam seribu rahmat, sesapa yang bertuah akan bertemula ngan malam istimewa ni, ada pendapat kata malam lailatul qadar ni ada dalam 10 hari ramadhan terakhir, maksudnya, minggu akhir yang kita malas skit nak pi tarawikh..rasanya ada hikmah kalau malam lailatul qadar ni ada dalam malam sepuluh hari terakhir ramadhan..hikmah yang aku nampak ialah..melipat gandakan amal ibadat bukan bermalas malasan yer…
8. Sediakan Duit Raya
Raya menjelang Tiba..adakah korang dah sediakan duit raya? atau korang bercita cita untuk mengumpul duit raya paling banyak supaya dapat chellen anak anak buah korang yang masih kecil n comel tu…udahler..bawak bawakla sedar diri skitt..anda dah besaq, boleh jadi mak bapak budak dah…kepada yang dah bekerjaya tu, bawak bawakla sediakan duit raya, toksah kedekut, biarla bagi rm 0.50 ker singgit ker yang penting ikhlas, tak pun korang sanggup tgk muka berharap
+ sedih budak budak comel lepas bersalam dgn korang sambil depa berkata dalam hati(bila la brader/ kakak ni nak bagi duit Raya??) mungkin masa raya nanti korang akan bertemu dgn kanak kanak yang selamba sesuka hati mengutuk bila korang bagi singgit, klu camtu korang amik balik jer duit raya tu—> biar nampak kejam skitt..padan muka budak tu..hahahaha..
Amaran juga,,mana mana yang membajetkan duit raya..silalah isi duit raya dalam tempat yang cerah dan lapang..sebabnya, sedara aku pernah tersalah isi not RM50 hennget dalam ang pow..haru beb..budak yang terima tu mesti heppy tak hengatnyer…
inilah antara perkara perkara menjelang raya yang mesti ade dalam top list aku berkuat kuasa raya tahun ni..insyaAllah…yi haa…
RAMADHAN 14
assalamualaikum
hi friends
hmmm..lamanya aku tak edit blog…lately memang totally busy..tests, assignments,dan ntah apa apa ntah lagi ntah hmmm..along pun tanya bila nak edit blog (tetiba rasa blog ni glemer plak)..glemer ker?…hihihihi…
hari ni dah hari ke-14 puasa, sekejap jer dah two weeks..kepada sesiapa yang puasa penuh tahniah la di ucapkan..sesapa yang dah dewasa tapi masih puasa yang yang yok jugak..bertaubatle awal2..malu kat kawan kawan,jin- jin,adik adik,cucu cucu yang pose penuh..klu rasa tak malu kat manusia.sah tak malu kat Allah..ingatler Allah maha melihat…kalau tringin nak naik van mayat pun, tunggula bila malaikat betul betul menjemput anda….masa tu mmg takleh ngelat, WAJIB naik van mayat…but for those yang ader excuse tu, lain la citer plak kan..tapi untuk sesapa yang sengaja mencipta excuse tu..ingatler Allah maha mengetahui..bayau la kat akhirat nanti..masa tu..korang poser la setahun pun..jgn harapler dilayan…tu la masa bagik peluang kat atas dunia..takder plak reti nak ingat ganti ker apa ker…kat akhiratla..baru nak renew aku janji…memang tak patut..ish ish ish…
Moralnyer : JANGAN LA TINGGAL PUASA…..
Tarawikh
assalamualaikum…
hi friends…
dah 3 hari tak update blog..sorry..too busy to edit my blog..well, biasa ler ramadhan nih.kita buat apa yang kita patut buat la kan…
kalau masuk hari ni dah masuk hari kelima kita puasa kan..sekejap jer nak dekat seminggu..maksudnyer..dah masuk hari keenam tarawikh la…aku plak, hari ni baru ada pi tarawikh…days earlier before, aku tak pi pun, sbb surau jauh..kat taman sebelah..lagi satu dalam matriks..tapi bila pikir pikir balik kan…aku tak patut jadikan tu alasan..yer la…kalau ikut umat islam kat negara lain..punya la susah nak boleh tarawikh, contohya umat islam kat china, mmg konpem takleh tarawikh sbb ada law restrict derang dari wat tarawikh atas alasan social responsibility, lepas tu plak, takleh simpan janggut and pakai purdah,,yang purdah boleh ler dimaafkan kan..tapi yang janggut tu apa kes plak..mesti sbb kunun-kununnya ada gaya terorism..cetek sungguh la minda depa..agaknyer kita kena ajar diorang pepatah “rambut kaler hitam, hati lain lain”….
Atas artikel ni la..aku motivate myself utk pergi tarawikh..so hari ni aku pergi lah dgn mun..housemate aku…matriks ngan umah aku tak jauh, cuma masjid masuk jauh skitt ke dalam matriks…kami pun jalan ler…tapi kan …mahasuci Allah, kami tak penat lansung pun, peluh pun tak….alhamdulillah, akhirnya kami berjaya sempurnak solat tarawikh hari ni…agak nyesal juga sbb tak motivate diri pergi awal2,rugi tul..tapi takper..better late than never….so..insyaAllah esok nak pi date lagik ler..seronok pulak solat berjemaah ni…
so..kawan kawan..mari kita bertarawikh dan pi moreh sama sama..tadi moreh makan nasik kerabu dengan bihun sup..nyum nyum…
Second Day Of Ramadhan
assalamualaikum
hi friends….
hari ni hari kedua umat islam berpuasa di bulan ramadhan bagi tahun 2008 ni…alhamdulillah, masih bernyawa kita atas muka bumi ni untuk terus beribadat pada Allah swt….
Hari ni..aktiviti aku macam biasa, cuma terkejar kejar dgn test..yang baru jer berlansung pada jam 8.15 malam tadi..huhuhu..international biz test..agak susah la…sebenarnya agak susah untuk org yang malas cam aku..malam nak test, siang tu baru baca…tapi aku cuba tabahkan hati…dapat jer test paper, bismillahirahmanirrahim,dgn lajunya aku bukak muka surat pertama..makk aii..please choose answer 3 essay questions, berpeluh peluh baca soklan, walaupun luar tu hujan ngan renyai2nya, masuk sorg lagik lecturer dia tambah pulak 10qs of true/false and 40 obj qs…nak nangis rasa..camner nak goreng nih…apa lagi dalam podium tadi mata meliar jer tgk kawan2.(cari idea dan share idea sebenarnya)..rupanya diorang pun sama gak cam aku..jadi takderla aku rasa janggal bila wat muka blur dlm kelas..kita serupa my prens…
owh,,yer..kalau kat perlis ni dah 2 hari hujan turun dgn lebatnya…mmg encourage aku tidur dgn nyenyaknya..dah la bulan puasa…tapi takper kot, asalkan bangun sebelum asar.ituler terjadi pada aku..bukan baca buku..tapi tidur dgn nyenyaknyer…heheheh….
tadi pun pi HEA..ambil surat pengesahan praktikal…kawan kawan doakan yer..semoga saya berjaya mendapat tempat prak dgn jayanya..risaunyer….huhuhu