Hectic days
salam… hi friends….
minggu lepas mmg hectic sesangat…al maklumlah semenjak menjadi PA tak rasmi ni…tanggungjawab makin ler besar…bayangkan….lunch hour pun masih wat keje…sbb byk keje yg tertangguh perlu di setelkan, sbb sebelum ni, selama 5 bulan dato’ xder PA…start februari baru emy ambil alih tugas tu….dan semenjak jadi PA dato’ ni..makin glemer plak emy..hahahaha…mana tak nyer…sebenarnya bile org call dia cari dato’ tp mestilah i yg kena filterkan all the phone calls kan…hihihihihi…
hmm..shah Alam pun dah kenal..segan jugak masa call kena cakap camni ” as’kum, saya emy, PA Dato’…”..automatically glemer..padahal emy praktikal jer kat situ…this coming monday lagi ler bz…sbb ader seminar pasal apentah…related dgn medical la..emy pun tak tau…cuma jadi urus setia jer..hemo hemo hemo…research satu hal plak..sbb tgh distribute questionaire nih..tak habis2 lg distribute kt respondents…..
kesian kt kwn2….klu dulu emy belagak sungguh…sbbnyer asikkkk jer dok ngadap YM, kini tidak lagi..sbb nyer…dah tak sempat dah…sorry yer kawan kawan…..bukan sombong tp terlalu sibuk..mmgler certain org cakap..ala stakat praktikal apa la nak di sibukkan sgt..masalahnyer emy mcm betul betul masuk dunia pekerjaan yg sebenar benarnya…mungkin inilah sebahagian pengalaman yang akan emy tempuh bila betul2 keje nanti..hmm..semoga hari menjadi lebih baik esok..smillleeeee
Semoga Allah memberi kekuatan dan kesabaran pada kita dalam menempuh dugaan….amin….
Personal Assistant merangkap Secretary Merangkap..kap..kap..kap.~~
salam…
hai all
hm..baru je nak bergumbira dgn opisku itu..dgn tetiba..seorang org atasan berpangkat dato’ dgn sesuka hatinya melantik aku sebagai PA dia…aku pun per lagi..takkan nak kata..”i dont want to be ur PA”..mau kena sepak gamoknyer…baru praktikal..memandai mandai nak tolak….hemoh hemoh hemoh…tapi aku tak say yes pun..no pun tak..cumanya..aku bertindak mengikut arahan die la…
setiap kali dia masuk opis..mesti..lutut aku terketar ketar…sebab dia..agak kegarangan sedikit yang apabila sedikit sedikit, lama lama jadi bukit kegarangan..waaaaa…
setiap kali nak mengadap dia mesti aku rasa mcm nak pitam…hampir setiap kali aku mintak spy diri aku bertenang..fuh fuh…relax..relax..cenggittu la gayanyer….
apa yang aku pk…Allah takkan bagi dugaan kat kita, klu kita tak boleh nak menghadapinya…Allah itu maha pemurah dan menyayangi…aku rasa…hikmahnya aku dapat belajar disiplinkan diri la kot..apa tak nya..masuk jer opis…aku kena pastikan akak cleaner bersihkan bilik dia..susun surat ikut tarikh..hafal a whole day activity dia…kena alert sbb kekadang dia tambah new event on the spot..kena cekap..takleh lambat2..kena active..otak kena cpt pk…selain tu..dato’ tu ajar kena bergantung pada diri snirik…self planning..and risk taker..tang risk taker ni payah skitt..kekadang aku kn wat decision utk dia..risk nyer..sama ada dia puas hati…atau aku akan ditoture sesedap rasa..hmm..ntahlah..rasanya..payah nak adapt ngan org org pandai n kaya kaya ni…siap ada pangkat lagik….aku ni dah la tak reti amik hati..nak guna kipas lagik la tak reti..kipas kat umah pun berabuk…aku pun baru belajar benda baru..jangan terlalu jujur..kalau tak..akan susahkan ramai org, tp depends on situation gak..semoga aku dapat laksankan tugas dengan amanah, cemerlang dan kerana Allah swt…Ya Allah, aku perlukan restu dan keredhaan Mu..permudahkanlah hari hari kami …aminnn….
Semoga emylyana akan tamat praktikal dengan cemerlang, gemilang dan terbilang seme seme yg baca blog ni.x kesahle anda sapa..doakan saya yer..walaupun emylyana ni agak agak ganas..tp penakut gak…skitt jerr..x banyak…heheheehhe…chiow..
pon..pon..trip to Perlis
Salam…
hi friends…
on last wednesday, emylyana went to perlis..yang syiooknnya…emylyana travel naik train..best best….lg best sb tambang train 2 x lagi murah dari bus, kalo naik train rm 21 jer kelas economy la…klu nek bus rm 42.80 tunai…huh..kan jauh beza tu…dr segi masa pun beza…naik train 12 jam,,,klu naik bus 6 jam jer…so aderla pro dan kon dia….tp takperla…ikut basic ekonomi masa emy blajar form fur dulu,..scrace,choice and opportunity cost..manusia kekurangan wang dan masa, akibat kekurangan wang dan masa, manusia terpaksa membuat pilihan, pilihan yang dibuat mestilah memberi kepuasan yang maksimum kepada manusia tu sniri, pilihan kedua terbaik yang dilepaskan di panggil sebagai kos lepas…ini ler basic economy yg kena ingat sampai la tua….kehendak dan keperluan..kena bezakan tuh…
lorr..emy mengarut lagik…xper..xper..sila abaikan…
yang emy nak citer…emy pi perlis sebab nak submit research proposal…


inilah gambar amik masa dalam ketapi….sebenarnya cantik..tp biasalah..guna handphone jer….hehehe…
kronologi masa kat perlis
1st day..
sampai arau,jam 8.30 pagi, naikler taxi ke uitm..tertiba emylyana tergezut..sbbnya taxi dah tak dibenarkan masuk…wahhhh..kena menapak dari main gate … dah la baru smp..hangin sungguh rasaynyer…masa lalu postguard tu, rasa nak debik debik jer muka pak gad tu..sapala wat peraturan tak pikir panjang tu….shian student cam aku..nak tak nak..aku menapakla..oleh kerana takder hala tuju..aku lepakla masjid..tggu smp anim–kawan aku dtg…
tetiba perut aku nyanyi nyanyi lagu korea..rupanya dia lapar…kebetulan juga..masa tu uitm cuti seminggu..satu kedai pun tak bukak..waaaaaaa……berdietla aku….apalagi dgn hati sayu aku msg anim suh beli roti masa dia smp nnt…tapikan..masa anim smp..dia bawak dua bungkus nasi ayam..wahhh..bagusnya kawan aku sorg ni..huhuhu..alhamdulillah..aderla rezeki hari tu..klu aku tau baik aku niat pose dr awal..kan sng..hehehe…oh yer..malam tu kami senyap2 pi tido dalam surau hostel….sampai la pagi esok…
2nd day…
oleh kerana kami nak submit research props hari tu..kul 8.30am dah terpacak kat lib..bukan apa..sbnrnya, byk lagi yang tak siap…sbb tu agak kalut..lib plak kul 12.45 tgh hari dah tutup..sbb student takder…tapi sempatla jugak aku cari bahan bahan yang nak gunakan…

ini ialah semasa aku berada di tingkat dua library situ…masa tu dok sibuk cari kams…oleh kerana byk kamus sgt, aper lagi, aku relax la dulu kan..amik amik gambar..brangan sensorg, posing sensorg..sbb aku sorang jer kat situ…lebih kurg mcm library tu aku yang punya..hua hua hua..heheheheh…ok..enough emy..
hmmm sambung skitt lagi….kami pun pi antar research props yg tak brape nak siap tu kan…alahaiii..kedai printer plak tutup…camno nii…poning kopalo den ni ha…last2 kami gamble la…bwk pen drive jer..nasib sir anuar paham..dia pun amik soft copy jer…..lepas tu..tibala masa nak balik pulak….guess what…encik anuar antar kami kat stesen ketapi..siap bagi duit makan rm 10 lagi..syiokkkkkk..hehehhe..so..bertlak jam 5.45 ptg..sampai kl sentral jam 6.30 am…alhamdulillah…Allah permudahkan perjalanan kami…
kawan kawan..doakan thesis emy berjaya yer..tq..tq..tq…mmmuaahhhh
my office..—–>emylyana ader opis..huhuhuhu
salam
hi friends..
hmm..hari ni kan sebenarnya saya menjadi sedikit bersemangat nak update blog,,hihihihi
oh yer…hari isnin ni..genaplah satu bulan saya praktikal kat situ….inilah antara sebahagian foto foto yg sempat di rakam oleh saya..chet..padahal..mmg syok bergambar je kat opis tu, sbb takder keje….
oops,,terkantoi tgh ym..jgn salah paham tau…sbnrnya..utk berhubung ngan opis mate lain kami guna ym jer..kan senang nak transfer file ker aper ker..kan?kan?kan?
sebenarnya kan..sebelum ni emy kat pejabat pensyarah, lepas tu di pindahkan ke pejabat dekan..nasib floor yg sama..so takder la susah sgt..lagipun bukan ada barang pun…yang kena tinggal pun tapak kaki jer la..setelah konpem ini ialah opis ku..mula la emy start angkut barang dari rumah…ader teddy bears, flower pot, stationery, keta(cilok anak akak nyer) dan yang paling best ialah, encik tortoise yang disayangi selalu..hihihihih
encik tortoise yang disayangi selalu
ini ialah haiwan peliharaan emy kat opis..tortoise ni my best pren yang bagi..tq so much…tapi kesian encik tortoise ni..asik kena culik jer..pantang emy lali skitt..ader jer tangan gatai simpan encik tortoise dalam poket derang,,..
satu jer ayat… i like my opissss……
Year 2009
salam
aloha..sorry…sebab lambat update blog..semenjak ada kareer ni…agak bz skitt..hehehe,,hhmm career la sgt..almost a month tak update blog..shian kat blog ni..
skang ni pun emy kat opis…oleh kerana hari jumaat, so derang rehat awal and balik lambat..so..emy amik la kesempatan ni utk mengupdate mana yang patut…skang ni emy masih sibuk lagi untuk research proposal…literarture review tak habis habis untuk dibaca..bukan banyak pun ada lah dalam lima belas journals, tu pun tak habis baca lagi…nak kena cari lagi at least 25 journals…
oh yer..baru baru ni kita dikejutkan dengan kekejaman israel terhadap palestin..sedih betull…sebab kita tak mampu wat aper aper..habis2 pun hulur duit je..yer la..nak join sama takleh..nanti byk plak kospirasi yang akan di timbulkan oleh pihak2 yang tak bertanggungjawab…isu agama ini memang sensetif..kalau kita tak pandai tangani..memang ‘masak’
sebagai umat islam, saya sedih dgn kebanyakan umat islam pada hari ini…termasukla diri saya yang banyak juga khilafnya..sepanjang jadi pemerhati terhadap isu agama mcm ni….sy agak terkilan juga dengan orang melayu yang beragama islam. kenapa?kenapa?kenapa?..sebabnya ada di antara golongan orang melayu islam ini tidak bersopan dalam menuturkan kata seterusnya dengan mudah “membenarkan” bangsa lain memberi tanggapan negatif pada orang melayu di malaysia yang majoritinya islam. Diingatkan di sini, islam adalah agama untuk semua..memilih islam tidak semestinya anda menjadi melayu, jadi kepada sesiapa yang berkenaan sila jelas dengan konteks islam yang sebenar, barulah anda boleh membuat pertimbangan yang adil terhadap agama islam.
berbalik kepada orang melayu islam pada hari ini tidak bersopan dalam pertuturan, maksudnya mengeluarkan perkataan perkatan yang memalukan, lucah dan menjatuhkan maruah orang lain.tidak perlulah saya memberi contoh secara terperinci, cukuplah anda semua memahami apa yang saya taip. Nampak perkara ini memang remeh..mungkin ada yang kata..’alaa,lantak la, bukannya luak pun’..tapi sebenanya impaknya sangat besar. inilah sebenarnya point terbesar musuh ..bukankah..kata kata itu lahir dari hati? dari pertuturan kita sebenarnya sudah menggambarkan sikap kita. Pernah juga saya melihat org bukan islam mempersoalkan “bukankah dalam islam tak boleh mencarut?”, jadi anda sebagai islam, apakah yang akan di lakukan oleh anda…ada tak perasaan malu bila org bukan islam mempersoalkannya, lebih lebih lagi apabila anda seorg melayu, bukankah org melayu dikatakann penuh dengan adat ketimuran?
kalau kita lihat sekarang ni..budak seumur lima tahun sehinggalah ke pakcik tua bongkok sabut, konon2 kalau marah, habis semua dihamburkan…mungkin ada yang kata “alaaa, budak umur lima tahun, apa dia tau?” atau “alaa, biasala, masa marah mana nak ingat keluar ayat apa,” atau kononya nak luahkan perasaan secara ekstreme supaya org ambil perhatian… tetapi….adakah kita semua sedar..kita telah jadikan ini sebagai satu budaya, kita juga pernah mendengar, kerana mulut badan binasa…kerana mulut juga habis huru hara…lepas tu mulalah jari kita sesuka hati tunjuk orang itu, tunjuk orang ini yang bersalah..ingat di akhirat nanti anggota2 kita akan melaporkan setiap perbuatan kita yang tersurat dan tersirat..wallahualam
Kesimpulannya, saya berharap agar kita semua sedar tanggungjawab kita sebagai umat islam adalah besar. umat islam mesti bersatu, kembali la kepada ajaran asas kita sebagai umat islam berpandukan harta yg paling bernilai yg allah beri untuk kita semua iaitu Al quran.”
Al Fatihah untuk rakyat Palestin yang meninggal……
Qurban
salam…
hi friends…
wah..lamanya tak update blog..sory..sory..terlalu busy..bz nyepah bilik, bz kemas bilik, bz tgk tv and bla bla bla….
to tell the truth..sebenarnya internet kat umah akak takleh pakai..huhuhuhu..ntah apa masalah ngan connection nya pun tak tau…ini pun duk guna computer opis…opis???hmmm..ye ye..aku start praktikal..almost a week dok berpraktikal kat sini..thank god, they provide wireless connection..senangler skitt..tapi kena cover2 la guna kan..nanti abis my reputation——–>jahat emylyana nih..hahahah…
Semalam hari raya korban…aku celebrate kat umah akak kat selayang jer…klu org lain bz nak balik kampung beraya ramai2..kami beraya dua orang jer kat umah..suami akak keje….tapi menu kami masak macam nak makan sepuluh orang..pening jugak..camner la nak elak pembaziran..
Khas untuk pengetahuan abang and along…
Menu on Raya Haji’s day were as below..hahahahah
1.Homemade Bakso
2.Rendang daging akak yang separuh liat..tapi leh di telan lagi..wawawa
3.Spicy Kuah Kacang..sedappppp…
4.Nasi impit
5.dan puding cocktail emylyana..hihihihi…
mana gambar2 nye yek..maaf la..malas nak update sbb computer yang aku guna ni menternak virus dgn gemilang..habis handphone i nnt..tapi insyaAllah..akan ku edit post ini di kemudian hari…
sekarang ni..aku dok risau ngan journal2 yang banyak untuk di baca.huhuhuhu…22nd nak kena submit first draft…padan la muka emylyana..mesti kena marah ngan puan zureen kalau keje tak memberansangkan…
oh yer..this coming May, aku nak main terbang terbang..kalau ade sesapa nak join jomle..hihihihihi….
ok…waktu asar dah hampir…
emylyana nak berangkat dulu..
salam…till i write again…..
P/s : for japanese series die hard fan…sesapa yg blom tgk Shibatora Detective..tgklee…comel tau Teppei dalam tu..sure..u wont regret to watch it..aishiteru kawaiii teppei…
A week before study week
salam
hi friends…
hmmm….ada lima hari lagi sebelum final exam bermula….berdebar pulak rasanya..tapi motivasi nak study tak jugak datang….habis jer final exam..slowly aku akan tinggalkan Perlis…sedih ker? hmm..secara jujurnya masa mula mula aku jejak kaki ker Perlis, aku harap sesangat boleh transfer dari sini secepat mungkin,kalau boleh nak pinjam pintu suka hati doraemon, tapi dia kedekut..maybe ke Melaka atau Shah Alam..itu jer pun campus yang tawarkan course HR..aku dah buat pun surat nak transfer, n jumpa Ketua Program…tapi dia tak bagi..geram..geram..aku geram…dalam aku dok geram geram..tetiba teringat satu ayat…”setiap apa yang berlaku ada hikmah” …dan memang betul ada hikmahnya aku stay kat Perlis ni..bak kat orang orang lama “tak kenal maka tak cinta” and “life must goes on” (sejak bila aku teror bab sastera neh?)—–>teror ker? hihii…
atas motivasi ayat ayat itu…aku pun bertekad utk survive dengan jayanya..alhamdulillah, kalau di lihat pada prestasi aku..aku berjaya mengadaptasikan diri dengan environment kat sini…credit for myself..hahahahahaha…
bila dah jadi super senior neh..banyak pulak memori memori best yang menyebabkan aku sayang nak tinggalkan Perlis..especially UiTM di hatiku…atas sebab tu aku sangat bersemangat attend kelas terakhir sebelum exam n sebelum praktikal aku bermula..sedihnyer..waaaaa…
Kelas terakhir aku for this sem ialah International Biz class…aku suka hati belajar kat kelas ni, sebab aku suka la, aku ponteng kelas ni banyak kali dengan sesuka hati..hehehehehe..satu yang special pasal kelas ni ialah cikgu yang mengajar subjek ni sangat la best…nama cikgu ni..Cikgu Niza..
ini ialah En Niza yang best tu….kami kenal encik Niza ni masa part 4, beliau ajar kami subjek Recruitment and Selection, kebetulan beliau cikgu baru kat UiTM ni, dan kebetulan kelas kami merupakan kelas pertama di ajar oleh beliau, dan kami juga antara anak murid terawal yang berguru dgn beliau ( bukan ilmu martial arts tau), belaiu ni seorang yang sangat berpengalaman, sebab sebelum ni beliau bekerja ngan JPJ..memang banyak pengalaman yang beliau berkongsi dengan kami..kadang kadang kami nakal pun beliau boleh relaxed jer..kami selalu delay keje sekolah yang beliau bagi..selalu kalau kami nak mintak beliau bagi A kat kami..jawapan famous beliau untuk kami ialah buat solat hajat, zikir and baca Al-Quran…alhamdulillah…atas sebab tu Sem ni..kami pilih beliau lagi untuk jadi cikgu kami, kali ni subjek ib pulak..kami yakin beliau cikgu yang berwibawa..dan sekarang nak memperkenalkan ahli kelas kami yang tak ramai…7 orang jer…sedihnya…
inilah antara ahli kelas aku..semuanya 7 orang, hanya sorang jer budak lelaki..credits to all my friends sebab masih tabah sehingga sekarang untuk mencapai cita cita kita kan?
ok…ini plak suasana presentation terakhir for this final semester….venue : bilik comel En niza
inilah antara kenangan terindah sebagai student..lepas ni insyaAllah dah takda….except for viva’s week..aderla presentation utk praktikal…
Cara Rasulluah Mengelak &Menyembuhkan Penyakit
Thanks to : Ann Shariza and Miss Melanie_mawar85
( Petikan dari buku Cara Rasulluah S.A.W. mengelak dan menyembuhkan penyakit
(Disusun Oleh : Ibnu Qaiyum)
PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah,lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)
MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.
PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.
PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.
PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.
KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.
Sekian, Wassallam.
Maksud firman Allah: Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al A’raaf:179)
Kejayaan setiap manusia adalah dalam agama (islam). Sejauh mana ia taat kepada Allah, Ikut sunnah nabi SAW.
Warm regards,
Ann Shahriza
Khas buat bakal suami and suami
it was my sis, gave it to me..apa motive dia tak taw..tapi moralnya..yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan..ok…??
Tahukah kau suami dan bakal suami??
Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali.
Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.. :angle:
TAPI…….
tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,
dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya…
DIKALA kau tiada duit,
Kau bukankah magic David Copperfield
yang bila tiba2 kau buka wallet ada pulak duit di dalamnya,
tapi tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek
“Ada duitkah suamiku”
TAPI
Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau,
“Ada duit ke” sedangkan itukan kewajipan kau
untuk memberinya nafkah?
Tahukah kau wahai suami,
tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya
dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya,
lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah,
di kucup dahi suaminya,
diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan
TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap
kentut lagi..Cissss!!
Tahukah kau wahai suami,
kalau kau balik lewat malam sampai pukul 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2
nak lepak ngan kawan2,
bini kau yang dirumah tu tak lena tidur,
selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam
TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi,
langsung tak ingat bini,
dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun,
dah bangun tahu nak makan aje…
Tahu tak kau wahai suami,
setiap kali isteri mu menggosok bajumu
apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah
“Handsome tak laki aku bila pakai baju ni”
Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi…
Tahu tak kau wahai suami,
isteri tu tak mintak banyak,cuma pujilah dia sekali-sekala,
peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur
(peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat apa-apa)hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping,
picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu,
selimutkanlah dia,
sebab sebenarnya,
bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja…
Satu lagi,
suami kalau korang nak tahu,
sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy…
dia orang musti tahu punya….
Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain…
Kecantikan seorang wanita
grabbed from someone called sub_zero
Begitu indah ciptaan Allah s.w.t. kepada seorang wanita dan tidak dapat ditandingi oleh seorang lelaki!
Allah s.w.t. berfirman:
“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”
“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.”
“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”
“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.”
“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”
“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.”
Setiap Wanita itu Cantik… “”









